Man : Belum lagi ayah, kejap lagi Man solatlah. Tengah syok main Iphone 5 ni. Canggih sungguh!
Ayah : Ooooo... kamu kagum dengan Iphone 5 ni?
Man : Mestilah, ayah. Iphone 5 ini berat hanya 112gram je, lebih ringan dari Iphone 4. Iphone 5 memaparkan skrin paparan 4 inci dan mempunyai 8 megapixel berserta resolusi 1136x340. Kalau ayah nak tahu, Iphone 5 ini mempunyai prosesor A6 ianya lebih pantas untuk foto, grafik dan video. Baterinya juga lebih lama. Pelanggan diberi pilihan warna hitam dan putih. Tapi Man beli yang warna hitam.
Ayah : Wah, banyak betul kamu tahu ya. Hebat betul ke pengasas jenama Iphone ini?
Man : Kalau ayah nak tahu, Apple ini telah diasaskan oleh Steve Jobs. Beliau banyak membangunkan aplikasi dan gajet zaman kini. Kiranya dia pun salah seorang yang berjaya dalam dunia khususnya dalam bidang keusahawanan.Dia telah mencipta pelbagai model Iphone dan juga notebook. Hebat kan dia! Tapi... dia telah mati pada tahun 2011
Ayah : Kamu tidak kagum pada yang mencipta Steve Job?
Man : Errrrr......
Ayah : Haa.. kalau kamu nak tahu, yang menciptakan Steve Job itu ialah yang mencipta kita juga. Dia juga mencipta diantara langit dan bumi serta apa yang ada diatas langit dan apa yang ada dibawah bumi. Hebat kan? Sekecil-kecil perkara dan sebesar-besar perkara Dia mampu lakukan. Malah lebih canggih dari apa yang Steve Job buat. Paparan kekuasaanNya amat jelas beresolusi paling tinggi malah mempunyai pelbagai warna. Sungguh banyak kekuasaanNya yang kita harus syukuri sebagai hambaNya. Jadi, kita harus bersyukur dengan selalu mengingati dan menyembahNya. Sembahyang itu tanda kita mensyukuri nikmat dariNya. Faham Man?
Man : Man faham, ayah.. Man solat dulu ya....
Ayah : ^__^v
♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥
0 Response to "Kisah Harga sebiji Iphone 5"
Post a Comment