Hukum Mengenai Ucap Merry Christmas | Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus Hukum: Ustaz Azhar Idrus Menjawab Mengenai Ucap Merry Christmas
Di sini cuba membicarakan soal jawab mengenai isu UCAP MERRY CHRISTMAS kepada bukan islam yang telah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus. Semua jawapan-jawapan ini telah dikumpulkan dan dibuat satu entri lengkap supaya semua dapat membacanya terus. Semoga bermanfaat untuk semua.
Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. Tapi kenapa ramai yang sungguh-sungguh tanya pasal Christmas ni? seolah-olah Kristian yang ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak.
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) tu la, tak sibuk nak ucap yang Nabi s.a.w suruh ucap, doa dan zikir banyak lagi yang tak reti.
Soalan 2 : Betul dok ni?, jangan Ucap Merry Christmas!. Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap “Merry Christmas” anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak.
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) dah larang sokmo tapi jenis melayu ni memang jenis degil.
Soalan 3 : Apa hukum kalau pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jangan buat amalan-amalan berkait agama mereka.
Soalan 4 : (1) Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan-rakan yang menyambutnya?
(2) Sekiranya, rakan-rakan (daripada Sabah Sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dalam jamuan tersebut?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. Ucap tahniah sahaja. Jangan ucap merry atau selamat.
2. Boleh jika rakan kerja atau jiran sebelah. Jangan ucap atau buat apa-apa yang berkait dengan agama mereka, sekadar hadir menjamah jamuan yang halal sahaja.
Soalan 5 : Mengucapkan merry christmas kepada non muslim, jatuh haram ke?. Orang non muslim ni dah tau dah kita tak boleh ucapkan merry xmas, so diaorg pun tak ucaplah selamat hari raya, jadi mana keharmonian kat situ?. Nabi sendiri pun bila didatangi tetamu/raja non muslim, baginda layan sebaiknya.
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) boleh ucap dengan lafaz tahniah sahaja jangan ucapkan dengan lafaz salam. Kalau kafir tak mahu ucap selamat hari raya tak jadi masalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya. Zaman Rasulullah s.a.w masih hidup pun puak-puak kafir tak ucap selamat hari raya pun. Harmoni bukan dengan saling ucap selamat hari raya, harmoni ialah dengan ditegakkan hukum dan perintah agama di mana saja kita berada..
Soalan 6 : Perayaan-perayaan etnik terbesar di Malaysia seperti krismas, deepavali, raya cina dan lain-lain. Setakat mana umat Islam boleh merayakannya?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) harus hadir ke rumah orang kafir pada hari-hari raya mereka dengan tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka.
Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan agama lain macam contoh Krismas atau Tahun Baru Cina?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak boleh sambut, yang boleh ialah ziarah rumah jiran yang kafir pada hari raya mereka sahaja.
Soalan 8 : Rumah terbuka sempena christmas.
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pada hari-hari perayaan orang kafir kerana menunjukkan kita tidak meraikan perayaan orang kafir yang batil dari Kitab Bahrulmmazi.

Sumber : Anakulucheka

0 Response to "Hukum Mengenai Ucap Merry Christmas | Ustaz Azhar Idrus"

Post a Comment