Harimau Muda benam Ryukyu 3-1

Kemenangan ke atas FC Ryukyu tiba tepat pada masanya, pada ketika skuad Harimau Muda mencari tonik terbaik untuk meningkatkan keyakinan sebelum memulakan kempen memburu kejuaraan hatrik Sukan SEA di Myanmar, minggu depan.




Biarpun sekadar aksi persahabatan, kemenangan 3-1 ke atas kelab Jepun itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya melonjakkan semangat anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Temasya Laos 2009 dan Indonesia 2011.

"Ada beberapa pemain yang telah membuktikan bahawa mereka boleh bermain dalam dua posisi dan inilah perkara yang saya mahukan.

"Saya dapat lihat pada separuh masa kedua corak permainan menjadi lebih baik terutama selepas memasukkan Mohd. Rozaimi (Rahman) dan K. Reuben.

"Secara keseluruhannya masih ada beberapa aspek lagi yang perlu diperkemaskan oleh pasukan sebelum ke Myanmar nanti," kata Kim Swee.


Malaysia B-23 3-1 FC Ryukyu

14' [0-1] Shunta Takahashi
47' [1-1] Thamil Arasu
50' [2-1] Rozaimi 
91' [3-1] Rozaimi

Tahniah Harimau Muda!

Photo : Dunia Sukan Online

0 Response to "Harimau Muda benam Ryukyu 3-1"

Post a Comment