Wahai Najib..!! Dengarlah Keluhan Rakyatmu Ini...
01- Dalam sehari perjalanan pergi balik kerja, aku cuma guna 3Km highway LDP (Persimpangan LDP hingga susur Bkt Lanjan)... tapi aku kena bayar RM3. 20.
02- Kemudian aku sambung perjalanan guna 4Km highway SPRINT ( susur TTDI ke Mount kiara)... aku bayar lagi RM4. 00.
03- Lepas tu aku guna 20Km highway DUKE (Jln Duta hingga susur Air Panas, Setapak)... aku kena bayar lagi RM4. 00.
04- Aku akhiri perjalanan selebihnya gunakan jalan Negeri dan Persekutuan.
05- Masa yang sama, aku guna 12 Liter sehari untuk petrol (jammed teruk, akan cecah 15 Liter).
06- Bermakna dalam sehari, aku dah bagi taukeh2 stesen minyak untung RM25. 20 dan RM11. 20 pada taukeh2 Tol.
07- Aku juga dah bagi untung pada Kerajaan (cukai perkhidmatan & barangan: tol dan minyak) berjumlah RM1. 80 dan RM4. 03 sehari.
08- Ini belum dikira lagi bayaran untuk taukeh2 alat ganti dan mekanik yang sedia tunggu kereta buruk aku ni breakdown.
09- Belum dikira juga 3 jam masa produktif yang terbuang dalam perjalanan pergi balik (cecah 4 ~ 5 jam bila jammed teruk).
10- Belum juga dikira kos-kos lain untuk sara hidup berupa makan, pakai dan tempat tinggal.
11- Aduhai.... payahnya hidup di bumi Malaysia ni. Aku percaya ramai yang senasib aku diluar sana yang tinggal dibandar-bandar besar ni.
12- Tapi Menteri cap Ayam mesti akan kata "Tak suka duduk Malaysia, pi duduk n pindah negara lain. Tak pun pi duduk dalam hutan.., cucuk tanam ubi dan keledek".
13- Sabo je lah berPerdana Menteri dan berMenterikan Menteri2 cap ayam ni.
14- Aku rakyat Malaysia. Aku cari makan dan bayar cukai kat sini. Memanglah aku kena ngadu masalah aku pada Najib. Tak kan aku nak ngadu pada Barrack Obama pulak.... ~ WKVI
0 Response to "Wahai Najib..!! Dengarlah Keluhan Rakyatmu Ini..."
Post a Comment