Biarpun dalam laporan media menyebut, Fizo menjelaskan punca perpisahan antara dia dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Haas itu kerana tiada keserasian antara mereka. Namun masih ada pihak yang mendakwa Diana adalah orang ketiga dalam hubungan Fizo dan Haas, memandangkan Diana pernah digosipkan dengan Fizo sikit masa dulu.
�Saya tak mahu komen panjang benda ni, nanti orang akan lagi lah tambah cakap yang bukan-bukan. Ya, kami memang kawan rapat sejak dua tahun lalu. Tapi saya bukan orang ketiga, okay. Tak benar! Sejak akhir-akhir ni kami pun jarang berjumpa, cuma kadang-kadang ada lah BBM (Blackberry Messanger) atau Whats app dia. Saya pun tak mahu lah kacau dia sebab dia dah ada kekasih.
�Tapi bila keluar berita dia berpisah, saya dah dapat agak dah, orang mesti nak kaitkan saya, kata Diana Nasir orang ketiga lah� dan sebagainya. Padahal saya bukan orang ketiga, okay. Dakwaan tu tak benar. Tapi apa nak buat� saya terima dan biarkan saja lah. Mulut orang kan� lantak lah�, ujarnya yang turut memberitahu cukup selesa berkawan dengan Fizo.
0 Response to "Diana Nasir Bukan Penyebab Fizo Omar Putus Cinta"
Post a Comment