PELAKON terkenal, Fizo Omar mengesahkan hubungan asmaranya bersama seorang gadis kecundang di tengah jalan selepas dua bulan menjalin cinta.
Bukan kerana orang ketiga, Fizo menganggap tiada jodoh antara mereka.
�Kami sempat berkawan dan bercinta dua bulan. Dah tak ada jodoh. �Mungkin tak ada keserasian dan kami berpisah dengan cara baik,� katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Cinderella, semalam.
Pelakon filem Cinderella ini mengakui tidak mahu menghebohkan perkara itu demi menjaga hati banyak pihak.
�Bukan tak nak cerita. Sekarang ni terlalu sibuk. �Saya juga nak jaga hati banyak orang. Sekarang dah �declare�, dengan harapan, tiada yang terasa,� katanya.
Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak sudah bersedia untuk berkahwin memandangkan usinya sudah menjangkau 28 tahun.
�Kalau ikut umur dah sedia untuk berkahwin. Mak pun dah tanya. Tapi nak buat macam mana. Mungkin adalah nanti. �Memang saya sasar umur 30 tahun untuk berkahwin�tapi bukan senang. Tak macam beli kereta atau rumah,� katanya yang sudah berpisah lebih sebulan dengan wanita cantik tersebut.
Menyentuh soal perancangan masa depannya, Fizo berkongsi cerita.
�Sasaran saya selepas enam tahun dalam industri�untuk kepuasan diri sendiri itu sudah tercapai. �Lakonan okey�dah ada perniagaan. Cuma, saya terfikir kalau ada anak seronoknya. �Pada saya, kejayaan itu perlu bersama keluarga,� katanya.
Fizo memegang watak Salman dalam filem Cinderella disamping dua pelakon lain, Nelydia Senrose dan Kamal Adli. � Sinar Harian Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Cinta Kami Cuma Bertahan Dua Bulan"
Post a Comment