Takut Mata Saya Tak Tutup Rapat Kalau Mati – Sharnaaz Ahmad

Perang mulut telah berlaku di antara mereka berdua sehingga mendapat liputan di semua media eletronik dan cetak.

Kira-kira dua bulan lalu, kecoh satu Malaysia apabila pelakon senior Lisdawati mendakwa pelakon utama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC), Sharnaaz Ahmad telah menyerangnya di lokasi.



“Yang berlalu biarkan berlalu, tetapi masih ada yang masih belum selesai…Mana-mana yang belum selesai, kita selesaikan dahulu.

“Kalau boleh kita tunggu Lisda bersalin dahulu baru bincang. Sebenarnya saya dah malas nak bercakap tentang perkara ini sebab buang masa bercerita tentang orang yang tak ada kena mengena dalam hidup saya.

“Tapi kalau boleh, saya memang akan selesaikan juga perkara ni, sebab takut mata tak tutup rapat bila mati nanti,” katanya ketika ditemui pada malam Selasa di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara



Bagaimanapun Sharnaaz ketika ditemui pada majlis tanyangan akhir BKATC baru-baru ini memberitahu kepada media dia masih menunggu masa yang sesuai untuk bersemuka dengan aktres itu.

Sebelum ini, Sharnaaz didakwa menengking Lisdawati di lokasi penggambaran drama ‘Bukan Aku Tak Cinta’ di Sungai Buloh pada 19 dan 21 Februari lalu. 

Malah Lisdawati turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas mendakwa menerima SMS berbaur ugutan dari aktor itu.

Via-AstroGempak

0 Response to "Takut Mata Saya Tak Tutup Rapat Kalau Mati – Sharnaaz Ahmad"

Post a Comment